Thursday, 25 April 2013

Dah beberapa lama sibuk dengan page....


Beginilah kehidupan,
Dalam mencari rezeki yang halal,
Demi mencari keberkatan.
Langkah ini sudah terlalu jauh
Sehinggakan payah untuk kembali seperti semula
Maka harus diteruskan jua....
Meniti arus kehidupan ini,
Banyaknya duri yang dihadapi
Banyak juga manis ku temui
Harap akan berkekalan abadi
Ingin sekali jadi srikandi
Tegakkan kebenaran teguh berdiri
Takkan berputus asa walau perit
Sehingga nanti waktu mati

Mama Best Friends

Kisah nabi NABI MUHAMMAD SAW


NABI MUHAMMAD SAW
Pada waktu umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka'abah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya.

Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa'ad. Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita dari Banu Sa'ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.


Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada Muhammad

Pada usia dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang muncul sebagai lelaki yang berpakaian putih. Mereka bertanggungjawab untuk membedah Muhammad. Pada ketika itu, Halimah dan suaminya tidak menyedari akan kejadian tersebut. Hanya anak mereka yang sebaya menyaksikan kedatangan kedua malaikat tersebut lalu mengkhabarkan kepada Halimah. Halimah lantas memeriksa keadaan Muhammad, namun tiada kesan yang aneh ditemui.

Muhammad tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama lima tahun. Selama itu baginda mendapat kasih sayang, kebebasan jiwa dan penjagaan yang baik daripada Halimah dan keluarganya. Selepas itu baginda dibawa pulang kepada datuknya Abdul Mutallib di Makkah.

Datuk baginda, Abdul Mutallib amat menyayangi baginda. Ketika Aminah membawa anaknya itu ke Madinah untuk bertemu dengan saudara-maranya, mereka ditemani oleh Umm Aiman, budak suruhan perempuan yang ditinggalkan oleh bapa baginda. Baginda ditunjukkan tempat wafatnya Abdullah serta tempat dia dikuburkan.

Sesudah sebulan mereka berada di Madinah, Aminah pun bersiap sedia untuk pulang semula ke Makkah. Dia dan rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta yang memang dibawa dari Makkah semasa mereka datang dahulu. Namun begitu, ketika mereka sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia lalu dikuburkan di situ juga.
Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Umm Aiman dengan perasaan yang sangat sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu. Tinggallah baginda dengan datuk yang dicintainya dan bapa-bapa saudaranya.

"Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu Dia memberikan petunjuk" (Surah Ad-Dhuha, 93: 6-7)


Abdul Mutallib Wafat

Kegembiraannya bersama datuk baginda tidak bertahan lama. Ketika baginda berusia lapan tahun, datuk baginda pula meninggal dunia. Kematian Abdul Mutallib menjadi satu kehilangan besar buat Bani Hashim. Dia mempunyai keteguhan hati, berwibawa, pandangan yang bernas, terhormat dan berpengaruh dikalangan orang Arab. Dia selalu menyediakan makanan dan minuman kepada para tetamu yang berziarah dan membantu penduduk Makkah yang dalam kesusahan.


Muhammad diasuh oleh Abu Talib

Selepas kewafatan datuk baginda, Abu Talib mengambil alih tugas bapanya untuk menjaga anak saudaranya Muhammad. Walaupun Abu Talib kurang mampu berbanding saudaranya yang lain, namun dia mempunyai perasaan yang paling halus dan terhormat di kalangan orang-orang Quraisy.Abu Talib menyayangi Muhammad seperti dia menyayangi anak-anaknya sendiri. Dia juga tertarik dengan budi pekerti Muhammad yang mulia.

Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian yang telah dapat melihat tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib tersebut menasihati Abu Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana dikhuatiri orang-orang Yahudi akan menyakiti baginda sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib mengikut nasihat rahib tersebut dan dia tidaak banyak membawa harta dari perjalanan tersebut. Dia pulang segera ke Makkah dan mengasuh anak-anaknya yang ramai. Muhammad juga telah menjadi sebahagian dari keluarganya. Baginda mengikut mereka ke pekan-pekan yang berdekatan dan mendengar sajak-sajak oleh penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato oleh penduduk Yahudi yang anti Arab.

Baginda juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Baginda mengembala kambing keluarganya dan kambing penduduk Makkah. Baginda selalu berfikir dan merenung tentang kejadian alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh dari segala pemikiran manusia nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar daripada perbuatan yang sia-sia, sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu "Al-Amin".

Selepas baginda mula meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa saudaranya untuk membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya dan dihormati. Baginda melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah amat tertarik dengan perwatakan mulia baginda dan keupayaan baginda sebagai seorang pedagang. Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin dengan Muhammad yang berusia 25 tahun ketika itu. Wanita bangsawan yang berusia 40 tahun itu sangat gembira apabila Muhammad menerima lamarannya lalu berlangsunglah perkahwinan mereka berdua. Bermulalah lembaran baru dalam hidup Muhammad dan Khadijah sebagai suami isteri.

Turunnya Wahyu Pertama

Pada usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat sebagai nabi sekelian alam. Ketika itu, baginda berada di Gua Hira' dan sentiasa merenung dalam kesunyian, memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka datanglah Malaikat Jibril menyapa dan menyuruhnya membaca ayat quran yang pertama diturunkan kepada Muhammad.

"Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan" (Al-'Alaq, 96: 1)

Rasulullah pulang dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti oleh Khadijah yang cuba menenangkan baginda. Apabila semangat baginda mulai pulih, diceritakan kepada Khadijah tentang kejadian yang telah berlaku.

Kemudian baginda mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi bermula dengan kaum kerabatnya untuk mengelakkan kecaman yang hebat daripada penduduk Makkah yang menyembah berhala. Khadijah isterinya adalah wanita pertama yang mempercayai kenabian baginda. Manakala Ali bin Abi Talib adalah lelaki pertama yang beriman dengan ajaran baginda.Dakwah yang sedemikian berlangsung selama tiga tahun di kalangan keluarganya sahaja.

Dakwah Secara Terang-terangan

Setelah turunnya wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terang-terangan, maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas.

"Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik." (Al-Hijr, 15:94)

Namun begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda. Mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk Abu Lahab, bapa saudara baginda sendiri. Tidak pula bagi Abu Talib, dia selalu melindungi anak saudaranya itu namun dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah memandangkan tentangan yang hebat dari kaum Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan Rasulullah seterusnya. Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud:

"Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan diletakkan di tangan kiriku dan bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa kerananya"

Baginda menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah. Bukan Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para sahabatnya juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah yang menerima siksaan yang berat.

Wafatnya Khadijah dan Abu Talib

Rasulullah amat sedih melihat tingkahlaku manusia ketika itu terutama kaum Quraisy kerana baginda tahu akan akibat yang akan diterima oleh mereka nanti. Kesedihan itu makin bertambah apabila isteri kesayangannya wafat pada tahun sepuluh kenabiaannya. Isteri bagindalah yang tidak pernah jemu membantu menyebarkan Islam dan mengorbankan jiwa serta hartanya untuk Islam. Dia juga tidak jemu menghiburkan Rasulullah di saat baginda dirundung kesedihan.

Pada tahun itu juga bapa saudara baginda Abu Talib yang mengasuhnya sejak kecil juga meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan yang dirasai oleh Rasulullah kerana kehilangan orang-orang yang amat disayangi oleh baginda.

Hijrah Ke Madinah

Tekanan orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas kepergian isteri dan bapa saudara baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh baginda.

Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri.

Negara Islam Madinah

Negara Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan daripada kaum Quraisy di Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum bukan Islam yang lain. Namun begitu, Nabi Muhammad s.a.w berjaya juga menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sepenuhnya pentadbiran dan perundangan yang berlandaskan syariat Islam. Baginda dilantik sebagai ketua agama, tentera dan negara. Semua rakyat mendapat hak yang saksama. Piagam Madinah yang merupakan sebuah kanun atau perjanjian bertulis telah dibentuk. Piagam ini mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara semua rakyat termasuk kaum bukan Islam dan merangkumi aspek politik, sosial, agama, ekonomi dan ketenteraan. Kandungan piagam adalah berdasarkan wahyu dan dijadikan dasar undang-undang Madinah.

Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan amat penting bagi melindungi agama, masyarakat dan negara. Rasulullah telah menyertai 27 kali ekspedisi tentera untuk mempertahan dan menegakkan keadilan Islam. Peperangan yang ditempuhi baginda ialah Perang Badar (623 M/2 H), Perang Uhud (624 M/3 H), Perang Khandak (626 M/5 H) dan Perang Tabuk (630 M/9 H). Namun tidak semua peperangan diakhiri dengan kemenangan.

Pada tahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah dimeterai antara penduduk Islam Madinah dan kaum Musyrikin Makkah. Maka dengan itu, negara Islam Madinah telah diiktiraf. Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berjaya membuka semula kota Makkah pada 630 M/9 H bersama dengan 10 000 orang para pengikutnya.

Perang terakhir yang disertai oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda dan pengikutnya berjaya mendapat kemenangan. Pada tahun berikutnya, baginda telah menunaikan haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya. Baginda juga telah menyampaikan amanat baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda baginda yang bermaksud:

"Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu semua adalah daripada satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam a.s. Semulia-mulia manusia di antara kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah."

Wafatnya Nabi Muhammad s.a.w

Baginda telah wafat pada bulan Jun tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Baginda wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara. Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu dan berkebolehan. Rasulullah adalah contoh terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman.

Wednesday, 24 April 2013

Wednesday, 17 April 2013

Energy Drink

Kawan2 tahu tak, apabila saya penat tetapi ada perkara yg perlu diselesaikan & kerja pun banyak?
Saya sgt suka minum energy drink.
Walaupun saya tahu ia mengandungi kafein.
Bagi saya kopi pun mengandungi kafein.
Jadi saya pun search di google.
Tahu apa info yg saya dapat?
Amat mendebarkan.
Ini infonya:
Korang selalu mengambil dan mengosumsi minuman tenaga seperti Red bull,Livita,Monster,Rockstar mahupun Power Root? 
pernah tak korang rasa bila selalu minum minuman tenaga untuk melakukan kerja,kita berasa ingin minum lagi pada esok hari/ ketagihan dan bergantung pada air tenaga tersebut


Untuk Pengetahuan HANGPA,,,

negara NOrway, France ,German telahpun mengharamkan minuman tenaga ini setelah mendapati ia mempunyai kesan sampingan yang boleh membawa maut,kandungan Kafien,Stimulant Glucuronolactone dan tourine yang tinggi boleh menyebabkan,tekanan darah tinggi,Anxienty(keresahan)dan penyakit jantung jika diambil dalam kuantiti yang banyak,

Ia juga tidak seuai diambil Oleh kanak-kanak dan wanita yang mengandung yang akan menyebabkan keguguran.

Lebih-lebih lagi minuman tenaga yang mengandungi Alcohol

Realiti Insan: Maksudnya Air tenaga / energy drinks ni dikategorikan macam gula lah,,boleh diambil tapi jangan diamalkan selalu,,,banyakkan minum air putih dan mineral..



1. Kafein?
Ya memang betul, bahan yang sama anda dapati dalam kopi korang boleh ditemui di dalam minuman tenaga. Kafein adalah bahan kimia yang dapat meningkatkan deria badan dan merangsang fungsi otak. Kesan kafein biasanya bertindak daripada 30 minit kepada beberapa jam selepas pengambilan. Jumlah minuman tenaga yang diperlukan untuk menyimpan orang yang bertenaga bergantung kepada berapa besar orang tu atau berapa kerap dia minum cecair ajaib ni.

Bahaya pengambilan Kafein tinggi 
Kafein adalah sejenis dadah yang popular yang digunakan dalam minuman cecair termasuk kopi, teh, minuman berkarbonat dan minuman tenaga. Ia juga boleh dijumpai dalam produk coklat. Kafein tidak berbahaya dengan sendirinya, ia cuma akan menjadi bahaya sekiranya ia diambil dalam jumlah yang banyak dan terlebih-lebih, jadi jangan melebih-lebih.

Kebanyakan orang tidak tahu bahawa kafein adalah diuretik. Ini bermakna, tahap kafein yang tinggi boleh menyebabkan orang ramai untuk kencing lebih kerap yang meningkatkan risiko dehidrasi. Berpeluh semasa melakukan aktiviti-aktiviti berat seperti sukan ditambah pula dengan diuretik boleh menyebabkan badan kekurangan air dan mungkin akan berada di tahap yang bahaya tanpapengetahuan kita. Kafein juga boleh menyebabkan ketagihan. Ini bermakna seseorang yang sudah biasa menggunakan produk yang mengandungi kafein mungkin memerlukan jumlahyang lebih banyak untuk mencapai keputusan yang sama seperti sebelum ini.

Antara kesan pengambilan kafein yang lain :
- Meningkatkan tekanan darah dan boleh menyebabkan degupan jantung tidak teratur
- Menjejaskan mental dan kesejahteraan sosial
- Mengganggu corak tidur
- Kebimbangan dan tekanan
- Mengurangkan tahap penghidratan dalam badan

2. Karbohidrat 
Minuman tenaga mengandungi paras gula yang sangatlah tinggi. Gula boleh menjadi sumber karbohidrat kepada badan. Walau bagaimanapun, pengambilan gula yang terlalu banyak juga boleh mempunyai kesan negatif ke atas badan, diabetes datang mengetuk pintu? Ia adalah salah untuk menganggap bahawa mengambil dalam jumlah yang besar minuman tenaga boleh membawa kepada kencing manis tetapi ia boleh menyebabkan beberapa gejala yang dilihat dalam keadaan perubatan.

Membuat minuman tenaga adalah satu tindakan pengimbangan yang halus. Kajian perubatan menunjukkan bahawa sekitar 20 hingga 25 gram gula dalam minuman 8 oz adalah jumlah yang ideal bagi setiap minuman tenaga. Tahap gula yang tinggi dalam aliran darah membuat darah yang lebih likat yang akan membuatkan jantung bekerja lebih (kerja overtime sikit).

Sementara ini, meningkatkan tahap gula boleh menyumbangkan tenaga tambahan yang besar kepada atlet semasa pertandingan, tetapi ia juga akan menyebabkan mereka berasa 2x lebih letih selepas aktiviti. Kerana badan tidak dapat menyediakan tenaga yang diperlukan secara semulajadi, kalau kesan minuman tenaga sudah hilang, ia mengambil masa lebih lama untuk badan untuk pulih aripada keletihan.

Fakta atau Hype 
Tidak dapat dipertikaikan bahawa, minuman tenaga adalah benar-benar berkesan dalam memberi atlet tenaga tambahan yang diperlukan. Tetapi keberkesanan dan keselamatan adalah dua perkara yang tidak patut dikelirukan dengan satu sama lain. Sama seperti benda-benda yang lain, terlalu banyak perkara baik pun akan menjadi buruk dari sudut yang berbeza.

Namun, tiada apa-apa yang dapat menandingi diet makanan yang sihat dan senaman yang dilakukan dengan betul untuk mendapatkan badan anda untuk keadaan fizikal yang terbaik. Masalah dengan masyarakat hari ini adalah bahawa semua orang mahu mendapatkan hasil yang terbaik dalam masa yang singkat, dan sentiasa mengambil jalan pintas untuk melakukannya. Minuman tenaga boleh membantu korang untuk dapatkan tenaga dengan cepat, tetapi korang jangan lupa bahawa kadang-kadang boleh membuatkan korang 2 kali ganda lebih letih selepas hilang kesannya.

Pastikan korang sedar apa yang ada dalam botol itu sebelum anda minum :D Sila tengok-tengok Info grafik di bawah ni untuk ketahui apa yang terkandung dalam minuman kesayangan korang ni. Ketahui, sama ada meminum minuman tenaga benar-benar berbaloi untuk anda minum atau tidak ^^. kalau berbaloi, Korang minummm jerr sampai jadi superman :D.


What's Your Energy Drink? | Infographic |


Read more: http://www.khaiangel.com/2012/07/info-apa-yang-ada-dengan-minuman-tenaga.html#ixzz2QnIOqnH5

Sunday, 14 April 2013

AMALAN 7 TIPS KELUARGA BAHAGIA


Kali ni kita nak share mcm mana mencipta bahagia

AMALAN 7 TIPS KELUARGA BAHAGIA


Amalan 7 Tips Dalam Keluarga (Ustazah NorBahyah)

1. PUJI – S etiap pasangan perlu saling memuji antara satu
sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima
kasih apabila diberi pertolongan.
2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk
memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana
pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian
boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5. PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan
memahami kerjaya masing-masing.
6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan
masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui
batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang
ketiga.
7. PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan
pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8. PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang
antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan
keseronokan dunia

Saturday, 13 April 2013

Selamat Pagi

Selamat pagi, member2 :)
Sejuknya pagi ahad ni.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam ye.

Friday, 12 April 2013


Kebaikan Vitamin B Complex


Vitamin B memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan kita. Vitamin B menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrient dan menjaga sistem saraf. Vitamin B perlu diambil dalam kuantiti yang disarankan dan selengkapnya (9 jenis vitamin B) untuk mendapatkan faedah yang optimum.
  • Gejala kekurangan vitamin B:
  • keletihan
  • kebas
  • kerengsaan usus
  • gemuruh
  • kemurungan
  • paranoia
  • lemah dan lesu
  • stress
Sumber vitamin B boleh diambil dari makanan seperti sayuran hijau, daging, ayam, telur, ikan, kacang dan bijirin; namun kebanyakan makanan ini telah melalui pelbagai proses, dan juga sisa-sisa pestisid (racun serangga) serta cara memasak menyebabkan kehilangan nutrient tersebut dari makanan.
Di samping itu juga, pencemaran udara dan air, pengambilan ubatan, antibiotik dan sebagainya menyebabkan tubuh kita kehilangan vitamin B. Tambahan pula, vitamin B adalah jenis larut air, jadi ia sentiasa hilang dari tubuh melalui peluh dan kencing.
Apakah kepentingan B Complex terhadap tubuh kita?
  • Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  • Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
  • Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
  • Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif,
  • Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.
Jadi, jom dapat vitamin b segera!


Cutting a newborn's umbilical cord is a routine procedure, but a practice called the "Lotus Birth" teaches that doing so can be bad for babies. It entails leaving the cord attached to a baby and carrying the connected placenta in a container until the cord falls off on its own.

More on Yahoo! Shine: 15-Pound Baby Doing Well After Scary Birth

On Wednesday, Mary Ceallaigh, 47, an Austin, Texas based Lotus Birth advocate and Midwife educator told the New York Post that leaving the baby attached to its umbilical cord is not only a "beautiful thing," it provides crucial nutrients to infants and prevents infection and disease.

More on Yahoo! Women Getting Pregnant Later in Life

"There’s no wound created at the umbilical site, which lessens the chance of infection," says Ceallaigh. "It allows a complete transfer of placental blood into the baby at a time when the baby needs that nourishment the most. Babies’ immune systems are going through huge changes at a very rapid rate when they’re first born. Not disrupting the baby’s blood volume at that time helps prevent future disease. The mother and baby benefit from having all the focused placed on bonding, rather than the common focus of 'who's going to cut the cord, cut the bond?' Invading the natural process when there's a healthy mother and baby is likely to cause harm in some way seen or unseen."

Ceallaigh, who could not be reached for comment, told the New York Post that after carrying the placenta for about three days, the cord (which can also be wrapped in silk or a cotton ribbon) will naturally fall off. "No mother would be running errands during that time anyway...hopefully not until at least the fourth week after giving birth!" she says.

However, if weather conditions are humid, it can take up to ten days for the cord to break. When the mother has to use the bathroom, Ceallaigh suggests she can place the baby on a safe surface or with a caregiver. During cuddling and nursing, the jar is simply set aside next to the mother.

As for any unpleasant side effects, Ceallaigh, who’s assisted in more than 100 natural births, says odor is not a problem, at least for the first day. "There’s a slight musky smell the second and third day. After the cord breaks, some mothers like to keep the wrapped placenta in a special place in their bedroom, and if it has not had a salt or herbal treatment and its cloth isn’t changed, it will start to smell gamey, indeed. But the kind of terrible, stinky, decayed smell that some fear is a non-issue when proper procedures are followed. The only time that sort of thing happens is if the placenta is wrapped in a plastic wrap or sealed in a Tupperware container— that is a whole other situation, and not a good one, as the placenta will rot before it dries."

Should moms resist cutting the cord? “I've never heard of the Lotus Birth but there’s no scientific evidence that leaving the umbilical cord attached to the baby provides any sort of benefit,” says Hilda Hutcherson, M.D., Clinical Professor of Obstetrics and Gynecology at Columbia University. “There has been research in the past few years which found that when doctors delay clamping the cord for three minutes, the baby receives higher levels of iron which prevents anemia, but beyond that time frame, leaving the cord attached to the baby serves no purpose because it no longer feeds nutrients to the baby.”

There’s also the practicality factor. According to Hutcherson, many new moms are running errands, spending time with friends, and taking walks before the end of the four-week period that Ceallaigh suggests women take to completely relax. Carrying around a jar of placenta may not be so realistic

Selamat Pagi

Assalamualaikum wahai sahabat2ku,

Penyakit malas semalam melarat sampai pagi tadi ni.

Tak boleh jadi ni, jadi aku ppun bangun exercise.

Kemas rumah dan isi air simpanan ke dalam semua bekas yg ada.

Apa taknya, dah kecoh kat sini air akan putus bila2 masa.

Aku pun apa lagi, gegas la simpan air.

Mudah2an cukup untuk kami sekeluarga sampai air ada balik.

Bagi kaum hawa di luar sana, aku nak bagitahu ada satu produk di luar sana yang sedikit sebanyak boleh memberikan kesegaran pada korang.

Cari kat link ni:
https://www.facebook.com/elliarnebakti

Cubala ye....

Okayla, Keja dulu..........Bye
Bosannya krja harini walaupun kerja bertimbun2......
Apa yg kita patut buat untuk hilangkan kebosanan ni?

Thursday, 11 April 2013



MENJAGA LUKA EPISIOTOMI

Sekiranya anda mengalami kelahiran normal, kemungkinan besar anda mempunyai luka episiotomi.

Untuk memastikan luka anda pulih dengan baik, cuba amalkan tip-tip ini:

1-Pad Ais. Sebaik sahaja melahirkan, letakan pad ais pada luka, ia bukan sahaja mengalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit. Letak pada luka selama 10 minit 3-4 jam sekali.

2-Pastikan kawasan perineum bersih. Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka bersih dengan membasuh mengunakan air biasa atau lebih baik lagi mengunakan cecair pembasmi kuman yang dipreskripsi oleh doktor. Tidak perlu gunakan cairan sabun yang kuat. Bersih dari depan kebelakang untuk mengelakan cemaran najis.

3-Semasa kecing, cuba duduk secara mencangkung (squat) dan siram air suam semasa kencing.

4-Pastikan ia kering. Mengeringkan kawasan luka menggalakkan proses pemulihan. Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas. Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu. Anda juga digalakkan untuk mendedahkan luka sekali sekala.

5-Jangan duduk atau berbaring terlalu lama. Guna bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan dari tekanan pada luka.

6-Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurangkan sakit dan mengelakkan jahitan terbuka.

7-Dapat pil penahan sakit sekiranya sakit. Anda boleh makan paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan.

8-Elak dari sembelit. Pastikan minum air secukup untuk melancarkan perjalanan usus. Banyakkan makan fiber atau jika mahu, boleh mencuba Lactulose atau Fybo-gel. Boleh didapati di farmasi berdekatan. Ubat enema tidak digalakan sekiranya luka anda teruk.

9-Sitz bath. Amalkan sitz bath dengan merendam pungung anda dalam besin berisi air garam. Ia mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga dalam vagina.

10-Senaman Pelvic floor. Buat senaman kegel secara rutin. Ia membuat luka cepat sembuh dengan mengalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat 100-200 kali sekali. Anda akan dapat melihat perubahannya.

11-Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.

12-Jangan percaya pada mitos. Mitos seperti minum air banyak akan meyebabkan peranakan berair atau memakan sayuran kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali. Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3 hari bersalin badan secara semula jadi akan membuang air lebihan yang terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air medadak, menjurus kepada masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka anda.

DAPATKAN SET BERSALIN ANDA DISINI

  1. Dedahkan anak-anak dengan input yang pelbagai - mereka belajar melalui penglihatan, pendengaran, deria rasa dan lain-lain. Tunjukkan mereka kawasan sekitar setiap kali anda memandu sebagai contohnya. Kemudian anda tidak akan pelik bagaimana budak berumur tiga tahun boleh memandu arah orang lain dari rumah anda ke rumah nenek mereka.
  2. Tanamkan motivasi yang tinggi dalam diri anak-anak - motivasi penting. Jangan suka merendah-rendahkan mereka dengan mcm2 kerenah kita yang mcm bosan nak layan anak2. Ada segelintir ibubapa yang suka membiarkan anak cucu dengan soalan yang tidak berjawab. Anda tidak membantu perkembangan mereka dengan kedinginan anda ini.
  3. Beri didikan agama yang intensif dan lengkap. Telah terbukti bahawa anak-anak di peringkat sekolah rendah yang berusia sekitar 7 - 10 tahun yang mempunyai pencapaian yang cemerlang, mampu untuk menghafal Al-Quran sebanyak 1 juzuk dalam masa 1 - 2 bulan di samping kerja harian seperti pelajar lain. Bagi kita yang penuh dosa noda ni memang lah dah beku sangat otak nak menghafaz tapi bagi anak2 yang suci ini, sebenarnya mereka tidak terbeban jika kita membiasakan mereka.
  4. Gambarkan kehebatan dan kekuasaan Allah SWT. Jangan pernah jemu layan diorang sambil menggambarkan kekuasaan ALLAH. Di sepanjang minggu ini kebetulan saya tidak sihat dan Asmaa' sangat kesiankan saya. Saya mintak dia berdoa pada ALLAH semoga saya dan Arwa cepat sembuh. Asmaa' sehingga kata mcm mana kakak nak doa, kakak tak nampak ALLAH. Kemudian saya kata, kakak doa je, ALLAH dengar kakak doa perlahan ke, kuat ke, Dia dengar. Lalu dia memilih untuk menjerit dengan kuat semoga saya cepat sembuh. Kerana dia percaya, semakin dia bersungguh, semakin cepat doanya dimakbulkan dan hanya kerana ALLAH yang boleh menyembuhkan, tidak yang lain.
  5. Beri tugasan yang mencabar. Sekalipun yang tak mencabar, mcm suruh buat buku skrap, otak dia akan tetap berkembang, daripada dia duduk saja2 dan tengok kartun yang tak munasabah.
  6. Beri contoh teladan yang mudah diikuti atau dicapai oleh anak-anak. Nama pun budak, jangan suruh dia ikut model yang susah2, nanti dia lak yang frust tak dapat nak ikut kita kata.
  7. Jangan terlalu menyuapkan bahan-bahan ke minda anak-anak. Galakkan mereka mencari sendiri. Sebagai contoh, kapit kuku, ikat jam, pakai baju..satu contoh mudah tapi jika mereka tak biasakan sendiri, maka sampai ke sudah lah anda yang akan mengepit kuku mereka, yang akan memakaikan jam untuk mereka dan lain2.
  8. Ibu bapa perlu menceritakan pengalaman positif mereka yang lalu untuk dicontohi. Wah, yang ni saya rasa tak cuba lagi..he he
  9. Apabila berbual dengan anak-anak, tinggalkan persoalan untuk anak-anak mencari sendiri jawapannya. Anda akan ketawa dengan jawapan mereka. Enjoy this...
  10. Selalu gambarkan perkara abstrak yang mungkin menjadi cita-cita atau wawasan bersama keluarga pada masa akan datang. Contoh kalau nak jual tapai, jangan buat sorang2. Anak2 sebesar 3-4 tahun sudah boleh membantu.
  11. Agihkan sebahagian daripada tugas ibu bapa yang mudah-mudah kepada anak-anak. Yang ni kalau asyik anda sendiri yang buat, maka bilalah anak anda akan pandai tolong anda.
  12. Rangsang anak-anak dengan teknik berfikir, teknik belajar dan teknik bersoal-jawab dengan betul.
Merangsang Minda Dari Segi Fizikal

  • Pastikan anak-anak diberi pemakanan yang seimbang, berzat dan berkhasiat. Realitinya, orang kita kurang memberi penekanan terhadap pemakanan yang sebenarnya.
  • Beri kemudahan untuk anak-anak mendapat makanan tambahan (food supplement) seperti vitamin, kismis, susu, buah tamar, air kacang soya dan sebagainya,
  • Pastikan anak-anak diberi makanan yang bersih, halal dan tidak syubhat dari segi penyediaan dan juga dari segi sumber pendapatan ibu bapa.
  • Pastikan anak-anak mendapat riadah ringan setiap hari. Riadah yang cergas akan menyebabkan darah mengalir dengan efisyen ke otak. Darah akan membawa oksigen yang sangat diperlukan oleh otak untuk menghasilkan minda yang cemerlang.

Makanan Tambahan Untuk Merangsang Minda Anak-Anak
  • Vitamin
  • Kismis
  • Susu
  • Air Kacang Soya
  • Kurma

Besarlah harapan kita untuk menjadikan anak2 kita seorang yang berjaya kelak. Maka dari sekarang, mulakanlah dengan usaha yang besar supaya harapan kita nanti tidak hanya harapan, malah satu kenyataan yang amat manis untuk dikongsi bersama. Ya ALLAH mudahkan kami. 

Tips legakan demam batuk & selsema


Anak anda Demam? Selesema? Batuk?

Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun dalam Sains ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas.

Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak setiap kali die batuk. Takpe die muntah lebih baik, jadi semua lendir2 tu keluar)

Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya dada tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

by: @[440278786041038:274:Healthy + Love Life]
Tips legakan demam batuk & selsema
Anak anda Demam? Selesema? Batuk?

Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun dalam Sains ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas.

Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak setiap kali die batuk. Takpe die muntah lebih baik, jadi semua lendir2 tu keluar)

Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya dada tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

by: Healthy + Love Life

Wednesday, 10 April 2013


Rakan2,
Mari bersama sama doakan adik/bayi ini:

Subhanallah. .sesungguhnya engkaulah pemberi penyakit dan engkaulah penawar kepada penyakit ini. .

Minta anda doakan bayi ini supaya cepat pulih dr penyakit ini. Sila share gambar ini, semakin bnyak share semakin bnyak lah yang mendoakan kesihatan kepada bayi ini. .

Sila share biar makin ramai yang doa kan adik ni,semoga adik ini cepat sembuh dan ceria bersama keluarga.

Wednesday, 3 April 2013


Terbaru & Terhangat di pasaran!
Bedung bayi
100% japanese cotton
sejuk dan tidak berbulu
Sangat penting untuk keselesaan bayi
Ukuran 75 x 75cm (besar dari kain napkin)
Hanya RM19.90
d'Mama Collection
Free pouch 

Beza Susu

perbezaan susu badan/ibu & susu formula


Secara fisiologi, susu ibu adalah cecair yang terhasil secara semulajadi khas untuk bayi. Pakar kesihatan bersetuju bahawa susu ibu memberikan nutrisi yang terbaik buat bayi. Sehingga kini, para saintis masih lagi melakukan pelbagai penyelidikan dan menemui manfaat susu ibu. Oleh itu, syarikat-syarikat yang menghasilkan susu formula tidak seharusnya bongkak dengan menyatakan produk mereka hampir sama dengan susu ibu. Hakikatnya, sebanyak mana pun wang yang digunakan oleh syarikat-syarikat ini untuk tujuan penyelidikan, kebaikan susu formula takkan menghampiri susu ibu. Senang cerita, susu lembu takkan sama dengan susu manusia!
Di samping mengandungi antibodi dan kesan imunisasi untuk menghalang jangkitan kuman, komposisi SUSU IBU boleh berubah-ubah bergantung kepada keperluan bayi.

Bagaimana?
Kandungan susu ibu berubah dengan usia bayi: susu ibu untuk bayi pra-matang mempunyai kandungan protein yang tinggi manakala susu ibu untuk bayi 8 bulan adalah tinggi kandungan kalorinya berbanding bagi bayi 1 bulan.
Susu ibu berubah dengan cuaca: susu ibu mempunyai lebih banyak kandungan air apabila cuaca panas dan tinggi kandungan lemak apabila cuaca sejuk.

Rasa susu ibu berubah-ubah bergantung kepada makanan yang dimakan ibu: anak anda didedahkan kepada rasa yang berbeza-beza pada peringkat awal usianya lagi.

Kandungan SUSU FORMULA pula kekal sama dalam apa-apa jua kondisi. Tak termasuk lagi dengan harga susu formula yang semakin meningkat. Hmmm…..susahkan?

Khasiat serta kandungan yang dimiliki di dalam susu ibu tidak perlu dipertikaikan lagi. Susu Ibu mempunyai nutrisi yang lengkap untuk bayi termasuk kandungan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga mempunyai segala khasiat seperti vitamin, mineral, hormon dan antobodi yang diperlukan oleh bayi untuk proses pembesaran.

Tuntutan agar ibu menyusukan anak turut tertulis di dalam Al-Quran, antaranya;

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi
yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” – surah Al-Baqarah, ayat 233
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung
hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua
tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan
(ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan.
(Surah Luqman : 14)

” Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka
upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika
kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” – Surah At-thalaq, ayat 6
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan
menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.
(Surah al-Ahqaf: 15)

Ayat di atas menjelaskan bahawa pemberian susu ibu turut digalakkan dalam Islam.
Sama ada kita sedar atau pun tidak susu ini sebenarnya mempunyai khasiat tersendiri
dan banyak membantu tumbesaran bayi. Tiada apa yang membahagiakan ibu bapa
apabila melihat anaknya sihat dan cerdas.
Penyelamat bayi

Hasil kajian UNICEF (The United Nations Children’s Fund) menunjukkan 7
cara yang paling berkesan untuk menyelamatkan kanak-kanak dari penyakit
adalah dengan meningkatkan penyusuan susu ibu. Kesedaran melalui kempen nyata
tidak memberi kesan apabila seramai 40,000 orang kanak-kanak dianggarkan mati
setiap hari di negara- negara membangun kerana kekurangan zat.
Kadar kematian bayi dan kanak-kanak yang tidak menyusu badan pada usia 3 bulan pertama
juga telah direkodkan meningkat 10 hingga 15 kali bagi negara membangun.
Kebanyakan kes kematian ini dipercayai berpunca daripada penyakit cirit birit yang serius.
Bahkan di negara barat seperti Amerika dan Eropah, banyak kes Sudden Death of
Unknown Cause (Sids) atau Cot Death telah dilaporkan akibat daripada pengambilan susu
botol.
Oleh demikian kempen penyusuan ibu amat digalakkan di negara mundur sebagai pilihan
untuk tidak menyusu botol kerana sistem bekalan air di negara tersebut tidak bersih.
Walaupun penyusuan botol di negara kita selamat dan terjamin, penyusuan ibu tetap yang
terbaik.

Khasiat dan kebaikan susu ibu

Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir
hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang
betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini
dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda
melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.

Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema
dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu
digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan
kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada
bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan
kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.
Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun
sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat
disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat
makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi
membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia
mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.

Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang
melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang
membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan
penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri.
Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut
akan hadir di dalam susu ibu.

Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar
kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia
tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor
membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang
bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya
menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.

Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan
masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak
menyusu beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan
bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan
kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia
membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap
tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.

Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic
dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk
pertumbuhan sistem tumpuan nervous.

Untungnya si ibu
Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan
asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung.

Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan
badan dibantu dengan sedikit senaman.

Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia
mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih
cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser
buah dada juga ovari.
Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda
kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat
dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan
merancang keluarga.
Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan
kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara
anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam
badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.
Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang
masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling
penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan
kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.
Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh
susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja.
Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai
terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin
selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.
Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang
tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli,
diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi

http://3.bp.blogspot.com/_DF2i7FpThu8/TRlCFkLx_vI/AAAAAAAABiE/Mys1a9P1Uzg/s1600/cafemom1.jpg

Gambar ini adalah gambar susu formula. ade gelembung udara besar2. Pastu cuba perhatikan macam TAK SEKATA kan? dan bertompok tompok

http://4.bp.blogspot.com/_DF2i7FpThu8/TRlCFrsmjMI/AAAAAAAABh8/cWWHRwmRHAM/s1600/cafemom2.jpg

Yang ni pulak,susu ibu.Sel-selnya sangat segar, sekata & tiada gelembung-gelembung udara. sel-sel hidup.

Jadi untuk ibu- ibu warga CG tunggu apa lagi. menyusulah anak anda dengan susu ibu. Ehemm...utk bapa bapa warga CG tolong juga bagi semangat untuk isteri supaya menyusukan dengan susu ibu. :)

terima kasih (http://zahirahhafizan.blogspot.com)
iswaraburuk
08-02-2013, 09:45 AM
susu terbaik didunia
lagendaZ
08-02-2013, 09:56 AM
Susu kambing kedue tbaik lepas susu ibu..
Luqmanul Hakim
08-02-2013, 09:58 AM
Susu ibu merupakan makanan atau minuman pertama kita semasa mula hidup di dunia ini...


Friday, 29 March 2013

Bahaya Dedah Racun


3 beradik terhidu racun rumput

Nuramanini MAT HALUWI, Muhammad Aiman
KOTA BHARU 29 Mac - Tiga beradik berdepan detik cemas selepas terhidu serbuk racun rumput dan serangga yang berwarna ungu berkilat ketika sedang bermain masak-masak di Kampung Berangan, Tumpat di sini petang semalam.
Keadaan tersebut menyebabkan ketiga-tiga beradik berkenaan Muhammad Aiman Mat Haluwi, 7; Muhammad Arsyad, 6, dan Nuramanini, 5, yang terhidu bahan berkenaan mengalami muntah-muntah dan pening.
Bagaimanapun ketiga-tiga mereka berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.
Difahamkan, ketika kejadian ibu dan bapa kanak-kanak berkenaan, Mat Haluwi Yusof, 49, yang bekerja sebagai buruh dan Siti Fatimah Yaacob, 36, peniaga kedai runcit tiada di rumah.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Supritendan Sharifuddin Yusof berkata, ketika kejadian ketiga-tiga beradik berkenaan dipercayai terhidu serbuk racun dari jenis faradon ketika sedang bermain masak-masak.
Menurutnya, kejadian yang menimpa ketiga-tiga beradik itu disedari oleh ibunya Siti Fatimah Yaacob, 36, selepas melihat anaknya berada di dalam keadaan lemah dan terbaring serta muntah-muntah di ruang tamu kira-kira pukul 6 petang.
“Sebaik sahaja pulang dari bekerja, bapa mangsa menghantar ketiga-tiga anak mereka itu ke Hospital Tumpat untuk mendapatkan rawatan. Kira-kira pukul 7.30 malam pihak hospital telah merujuk kes berkenaan ke HPRZ II untuk tindakan selanjutnya.
“Hasil rawatan yang dijalankan, pegawai perubatan hospital berkenaan memberitahu mangsa berada dalam keadaan stabil dan mempunyai kesan racun di dalam badan akibat terhidu bahan tersebut," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.
Tambahnya, racun berkenaan disimpan di sebuah stor belakang rumah mangsa dalam keadaan terdedah dan bapanya merupakan petani sambilan.
Sharifuddin memberitahu, racun berkenaan digunakan untuk membunuh rumput dan serangga dan semasa kejadian bahan berkenaan di simpan dalam beg plastik lusuh.
“Hasil temu bual dengan kanak-
kanak berkenaan mengatakan mereka bermain masak-masak dengan pasir berwarna ungu kilat dan kita syak bahan tersebut adalah faradon," ujarnya.
Sementara itu, abang mangsa Amirul Mat Haluwi, 19, berkata ketiga-tiga adiknya itu terhidu bahan berkenaan selepas dipercayai bermain masak-masak berhampiran rumah padi yang terletak di belakang rumahnya.
“Racun berkenaan sudah lama dan plastiknya pecah. Jadi ketiga-tiga adik saya kemudian mengambil bahan tersebut yang dianggap sebagai pasir dan kemudian dijadikan sebagai permainan.
“Ketiga-tiga adik saya kemudiannya pening dan muntah-muntah, tidak lama kemudian mereka bertiga dibawa ke hospital," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130330/je_04/3-beradik-terhidu-racun-rumput#ixzz2OzhHecGf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, 25 March 2013

Fahami rahsia menjadi JUTAWAN
Berdasarkan seorang blog rakan:

"IRFAN KHAIRI – FAHAMI RAHSIA MENJADI JUTAWAN MELALUI INTERNET"

Kami tiba di perkarangan banglo mewah milik Noor Irfan Khairi bin Noor Azmi atau lebih dikenali sebagai Irfan Khairi kira-kira jam 2.30 petang pada tanggal 3 Julai 2007 sebagaimana yang dijanjikan. Secara peribadinya, saya sendiri amat ternanti-nanti akan pertemuan yang diatur oleh Apprentice kira-kira 2 bulan yang lalu melalui pembantunya. Sambutan mesra Irfan dan isterinya Shazrina Mohd Yusof meredakan debaran kami. Secara jujurnya, keramahan dan budi bahasa pasangan ini begitu menambat hati kami.
Sesungguhnya status beliau sebagai seorang jutawan tidak sekali-kali membuatkan beliau lupa diri seraya measih kuat berpegang kepada adapt dan budaya timur. Inilah yang membuatkan kami begitu teruja.
“Jauh berjalan luas pemandangan”. Inilah yang diterjemahkan oleh Irfan Khairi menjadi realiti dalam rentetan perjalanan hidupnya. Di usianya semuda 25 tahun, sedang anak muda lain masih lagi bergelut mencari hala tuju kehidupan, beliau telah berjaya menobatkan dirinya sebagai seorang jutawan. Bagi saya pastinya, beliau mempunyai kredibiliti yang tersendiri. Justeru pertemuan sebegini sudah tetntu amat bermakna malah perkongsian yang bakal kami paparkan wajar diteladani oleh segenap lapisan masyarakat, bak kata pepatah Melayu “Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk buatlah sempadan”.
Irfan Khairi merupakan anak kedua daripada 3 adik beradik. Bapanya seorang pesara kerajaan, manakala ibunya pula seorang suri rumah. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang penuh dengan keserderhanaan tetapi tidak pernah kekurangan buku dan bahan belajar. Beliau tidak menolak bahawa tabiat semulajadi bapanya yang kuat bekerja dan rajin membaca banyak mempengaruhi pembentukan peribadinya.
Irfan Khairi yang dilahirkan di Perak menerima pendidikan awal di Sekolah La Salle, Ipoh dari darjah 1 hingga darjah 3, kemudiannya bersekolah selama beberapa bulan di Subang Jaya sewaktu dalam darjah 4 sebelum keluarganya berhijrah ke United Kingdom dan menetap di sana selama 3 tahun kerana mengikuti bapanya yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah kedoktoran.
Selepas tamat persekolahan, Irfan menyambung pelajarannya di Institut Teknologi Mara, kini dikenali Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan ekonomi. Kami tergamam ketika dimaklumkan bahawa beliau gagal menghabiskan pengajiannya dalam bidang tersebut. “Saya tak minat dalam bidang ekonomi lantas saya buat keputusan untuk memilih kursus yang selari dengan minat dan hobi saya sejak dari kecil lagi iaitu melukis dan mereka bentuk. Akhirnya saya memilih jurusan Reka Bentuk Multimedia dan Alhamdullillah saya berjaya menggenggam segulung ijazah sepertimana yang saya hajati. Oleh itu saya menyeru kepada semua pelajar-pelajar sebelum melanjutkan pelajaran, kenalpasti minat anda agar tidak kecundang di pertengahan jalan,” nasihat beliau kepada generasi muda.
Ketika Irfan menyambung bual bicara dengan kami, kami tergamam buat kali kedua kerana ironisnya jutawan muda ini sebenarnya mempunyai kelemahan mudah lupa nombor.” Sewaktu bersekolah dahulu, saya tidak minat dengan subjek Matematik dan subjek-subjek lain yang berkaitan dengan nombor. Saya selalu gagal dalam subjek matematik dan perakaunan. Justeru itulah saya membuat keputusan untuk tidak meneruskan pengajian dalam jurusan ekonomi. Pun begitu kelemahan ini tidak pernah melumpuhkan semangat saya untuk merealisasikan impian menjadi jutawan yang telah saya pupuk sejak zaman persekolahan lagi,” tegas beliau sambil tersenyum mengingati zaman silamnya.
Menyelusuri sejarah penglibatannya dalam bidang perniagaan internet yang bermula pada tahun 1999, Irfan berkata, setelah menamatkan pengajian, saya terima tawaran pekerjaan di salah sebuah syarikat teknologi maklumat di United Kingdom. Tugas utama saya adalah untuk merekacipta sistem pembelajaran internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom atau lebih dikenali sebagai Learning Grid. Dari situlah tercetusnya inspirasi untuk saya menjalankan perniagaan sendiri dengan menawarkan perkhidmatan mereka bentuk laman web, brosur, kulit buku atau ringkasnya apa jua yang berkaitan dengan grafik. Selain itu saya ada juga menjual beberapa produk melalui perniagaan internet saya seperti peta Malaysia dan saya dapati pulangan daripada perniagaan ini berlipatkali ganda, lantas saya nekad untuk menjalankan perniagaan ini sepenuh masa.
“Bagi mereka yang berminat untuk membina perniagaan internet, terdapat 4 elemen utama yang perlu diberi perhatian iaitu pertama, mesti ada produk atau perkhidmatan yang ingin dijual. Kedua, mempunyai laman web sendiri. Ketiga, menyediakan kemudahan proses pembayaran (merchant account) kerana pelanggan biasanya akan membuat pembayaran menggunakan kad kredit dan keempat adalah mempromosikan laman web kita. Daripada 4 elemen yang saya sebutkan tadi, elemen yang paling penting adalah untuk menentukan perniagaan internet kita berjaya dipromosikan “dengan ikhlas Irfan menggariskan panduan untuk berjaya dalam menjalankan perniagaan internet.
Ketika kami ajukan persoalan mengenai cabaran yang dihadapinya sepanjang menajalankan perniagaan internet, Irfan berkata, saya pernah gagal sewaktu mula-mula menjalankan perniagaan ini. Tetapi selepas mengkaji punca-punca kegagalan melalui pembacaan dan mengikuti seminar-seminar yang berkaitan, saya dapati punca kegagalan datangnya dari pada strategi promosi yang lemah. Lantaran, saya mengkaji bagaimana pakar dalam bidang pemasaran internet menjalankan promosi mereka dan saya segera mengadaptasikannya.
“Saya percaya potensi perniagaan internet amat luas sekali. Tahun lepas saja 10 juta rakyat Malaysia adalah pengguna internet. Kadar ini meningkat kepada 11 juta pada tahun ini. Saya yakin dan percaya bahawa angka pengguna internet akan meningkat dan terus meningkat dari tahun ke tahun memandangkan masyarakat kita pada masa sekarang lebih celik IT. Tambahan pula jumlah pengguna internet di seluruh dunia melebihi dari 1 billion. Pun begitu, saya tidak menafikan bahawa permintaan daripada pengguna tempatan masih terlalu rendah, ekoran kurangnya keyakinan masyarakat tempatan terhadap pembelian menerusi internet. Ketika ini 90% daripada pelanggan saya terdiri daripada pasaran Eropah dan Amerika Syarikat, sementara lebih kurang 10% lagi datang dari Negara-negara lain termasuk Malaysia. Ini bermakna peluang untuk menerokai pasaran tempatan masih luas,” Irfan mengupas mengenai peluang menjalankan perniagaan melalui internet.
“Pada hemat saya, rakyat Malaysia memerlukan satu anjakan paradigma kerana masih ramai yang belum terdedah dengan perniagaan melalui internet dan malah masih ramai yang meragui proses pembelian melalui internet. Tapi saya percaya dalam tempoh 3 tahun dari sekarang hampir semua traksaksi akan berlaku dengan menggunakan internet. Ketika ini kita lihat sistem perbankan di Negara kita telah mula mengorak langkah kearah tersebut dan ternyata ianya mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat,” ulas Irfan.
Ketika ditanya apakah kelebihan perniagaan internet, Irfan berkata, perniagaan internet mempunyai kelebihannya tersendiri. Ia hanya memerlukan 2 kriteria iaitu pertama modal untuk memulakan perniagaan yang amat rendah sekitar RM200 – RM300. kedua, untuk memulakan perniagaan internet, seseorang itu tidak perlu menjadi pakar dalam bidang IT. Cukup sekadar mempunyai kefahaman mengenai ‘How Internet works’… sebagai contoh tahu menggunakan e-mel dan chatting.
Kami sempat juga bertanyakan apakah rahsia kejayaan Irfan. Katanya “Saya tidak mempunyai apa-apa rahsia dalam mencipta kejayaan. Saya cuma berusaha dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa menambahkan ilmu. Saya percaya kita mesti mempunyai ilmu untuk berjaya. Pun begitu, beliau secara terbuka mengakui bahawa kejayaan yang beliau cipta hari ini memakan masa selama 7 tahun dan bukannya berlaku dalam sekelip mata.”
Tanpa segan silu Irfan mengakui bahawa beliau berkorban untuk bekerja sebagai tukang cuci ketika belajar di United Kingdom semata-mata untuk mendapatkan duit bagi membeli buku-buku rujukan dan mengikuti seminar.
Beliau kemudiannya menggariskan 3 faktor untuk mencipta kejayaan dengan pantas iaitu “pertama kenal pasti halangan dalam menuju kejayaan, kedua cari resolusi dan yang ketiga selesaikan permasalahan yang timbul dengan kadar segera.” Beliau mengingatkan bahawa permasalahan yang tidak diselesaikan dengan segera umpama api dalam sekam yang membakar dalam diam dan akhirnya perniagaan yang kita bina akan ranap. 
Ketika kami ajukan persoalan adakah Irfan berpuashati dengan tahap kejayaannya, Irfan berkata “saya bersyukur dengan anugerah Ilahi tapi saya sentiasa mencari peluang untk terus maju dan menambahkan perniagaan saya, terbaru saya telah membuka sebuah syarikat penerbitan yang dinamakan RealSuccess Book untuk menerbitkan buku-buku orang yang berjaya. Buku-buku yang kita terbitkan ini ditulis oleh orang-orang yang berjaya. Terdapat banyak buku-buku di pasaran yang menceritakan bagaimana ingin jadi jutawan, tetapi penulisnya sendiri tidak menjadi jutawan. Buku pertama yang kita terbitkan ialah ‘I Walk The Dollar’ yang ditulis oleh Dr Saiful. Selain daripada itu saya juga telah membukan syarikat produksi. Hasrat saya adalah untuk menerbitkan cerita-cerita yang berkisarkan tentang kejayaan. Sementara untuk aktiviti kemasyarakatan pula, saya menubuhkan Yayasan Ilham Budi bersama encik Nizal Mohammad. Objektif utama penubuhan yayasan ini adalah untuk membantu golongan belia kita untuk kenal dan mencontohi ikon masing-masing sebagaimana saya menjadikan Tan Sri Syed Bukhari sebagai Ikon saya” cerita Irfan.
Sebelum melabuhkan tirai wawancara, kami bertanyakan pandangannya adakah beliau bersetuju mengenai tanggapan segelintir masyarakat bahawa factor keturunan atau warisan adalah penentu kejayaan dalam perniagaan. Irfan berkata, mungkin ada kebenarannya tapi bagi saya di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Tidak semestinya kita berasal dari keluarga yang telah mempunyai perniagaan kita akan berjaya mengharungi onak dan duri dalam dunia perniagaan. Begitu juga sebaliknya. Saya sendiri adalah orang pertama dalam keluarga saya yang menceburi dunia perniagaan dan Alhamdullillah setakat ini saya berada di landasan yang betul. Bagi Irfan, tiada kejayaan andainya tiada kegagalan.
“Kalau takut di lambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.”

Sekian,
Harap jadi panduan kita semua.
Tq