Gambaran wanita beriman dan bertaqwa
•Wanita
yang sentiasa beriman dan taat,pasti akan mengikut perintah Allah dan
RasulNya serta meninggalkan perkara yang dilarang dalam Islam.
•Berbeza dengan orang yang tidak beriman,mereka amat ingkar perintah Allah dan Rasulullah S.A.W.
•Pendek kata,ada sahaja alasan untuk menolak ketetapan Allah
•Maka,renungi ayat berikut :
“Orang-orang
munafik lelaki dan perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain
adalah sama,mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat
yang makruf dan mereka mengenggamkan tangannya(kikir).Mereka telah lupa
kepada Allah,maka Allah melupakan mereka.Sesungguhnya orang-orang
munafik itu adalah orang-orang yang fasiq”
Mengelakkan gangguan orang yang berhati jahat
•Andainya
seorang lelaki dihidangkan dengan satu “show” yang menayangkan wanita
dalam keadaan amat seksi,sudah tentu nafsu syahwat si lelaki akan
terangsang sekaligus mencetuskan satu niat jahat untuk “mendapatkan”
wanita itu atau wanita lain seumpamanya bagi tujuan memuaskan nafsunya.
•Tapi berbeza pula jika diperlihatkan wanita solehah yang sentiasa menjaga adab muslimah iaitu lengkap berjilbab.
•Pasti
sejuk mata memandang dan terdetik rasa keinsafan (malu) dalam diri si
lelaki.Begitulah hakikatnya peranan jilbab mampu mencegah hati-hati
manusia yang berniat jahat.
•Dalam ayat lain,Allah menyatakan perihal sama tetapi memberi focus keoada suara wanita :
“Janganlah
perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga
keinginan orang yang ada perasaan dalam hatinya (berhatijahat)
Membezakan wanita itu muslim atau BUKAN muslim
•Berdasarkan
tafsir Ibn Katsir,jilbab membezakan di antara wanita hamba dengan
wanita yang merdeka dimana orang yang merdeka wajib bertudung.
•Manakala
dalam tafsiran yang lain,dinyatakan bahawa pemakaian tudung dan
penutupan aurat melambangkan dia adalah wanita yang bertamadun kerana
tahu menjaga kehormatannya.
•Wanita Muslimah adalah wanita yang bertamadun.
Tudung mampu menghalang penyakit kulit
•Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita lebih sensitive berbanding kulit lelaki.
•Maka,kulit wanita memerlukan system penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki
•Persekitaran kita kini begitu bahaya kerana terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran.
•Contohnya,udara
kita dipenuhi dengan pelbagai jenis asap dan debu ( dangerous
particles) ditambah pula dengan pencemaran cahaya serta radioaktif.
•Pencemaran
cahaya berpunca dari penipisan lapisan ozon (light filteration) yang
semakin ketara,lalu sinar matahari yang berbahaya mudah terlepas ke
permukaan bumi mengakibatkan gagal ditapis oleh ozon.
•Maka,alternative
terbaik untuk mengawal semua jenis pencemaran ini tentunya berpakaian
baik iaitu mampu menutupi semua bahagian badan yang sensitive.
•Ia sekaligus menunjukkan hikmah wanita diwajibkan memakai jilbab.
•Ia
sungguh relevan pada hari ini yang begitu berbahaya kepada organ kulit
kita,terutama wanita yang lebih jauh sensitive terhadap kesan pencemaran
tersebut.
•Tanpa
perlu berbelanja mahal untuk bahan-bahan kimia penjagaan kulit yang
belum tentu terjamin kebaikannya dan mungkin ada kesan jangka
panjang,maka pakailah pakaian yang menutup aurat.
•Ia lebih selamat dan dijamin oleh Allah sejak dahulu lagi.